Assalamualaikum.
Saya pasti bakal ibu dan ibu-ibu pasti tercari-cari info bagaimana untuk mengendalikan stok perahan susu ibu yang yang dikenali sebagai Express Breast Milk (EBM). Disini saya ingin berkongsi cara penyimpanan stok susu perahan sebelum ibu-ibu bekerja. Ibu-ibu perlu pastikan setiap hari pam susu setiap 3 jam untuk memastikan susu dapat dihasilkan dengan banyak semasa didalam waktu berpantang. Tanamkan fikiran positif untuk menyusukan anak kesayangan kita. Pasti ANDA BOLEH!!!!! Konsep Supply and demand kena faham kan betul-betul, (MORE DEMAND MORE SUPPLY).
TIPS MENYIMPAN STOK SUSU
1. Menyediakan Tempat menyimpan susu (Breastmilk Storage bottle/plastic).
- Simpan dalam botol kecil atau plastik (storage bag) dalam 3 @ 4 oz setiap botol untuk elak pembaziran.
- Label botol dengan tarikh perahan.
2. Perlu tahu jadual Simpan susu ebm
* Susu baru diperah tahan selama 4 jam pada suhu bilik.
* Susu yang baru diperah yang disimpan didalam peti ais bahagian bawah tahan selama 48 jam, susu tersebut
boleh diberikan dirumah pengasuh pada keesokan harinya.
* Susu yang disimpan dibahagian Chiller (bahagian bawah) tahan 3-4 hari.
* Susu yang ingin dibekukan perlu diletak dibahagian Chiller dalam masa setengah jam(biarkan sejuk) kemudian dipindahkan di bahagian sejuk beku.
Ketahanan susu yang dibekukan
1) Peti sejuk 1 pintu - 2 Minggu
2) Peti sejuk 2 Pintu - 3 bulan
3) Deep freezer - 6 Bulan

3. Catat Tarikh Perahan
* Gunakan sticker putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.

4. Cairkan susu perlahan-lahan
* Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian chiller (bawah) supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir atau rendam dalam bekas berisi air paip.
* Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).

5. Jangan Campurkan susu sesuka hati
* Susu yang hendak dicampur, mestilah pada hari yang sama sahaja dan pastikan suhu kedua2 suhu berada dalam keadaan sejuk.
Contoh ; Perah waktu pagi dapat 2 Oz (simpan dalam peti ais)
perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. (Simpan dalam peti ais)
Apabila dua2 dah sejuk, suhu sama ( Baru boleh campur susu dalam 1 botol)
====> Jangan campurkan susu yang sejuk dengan susu yang baru diperah/ pam, ia akan merosakkan struktur
susu.

6. Cara Panaskan susu atau cairkan susu.
* Panaskan didalam warmer dengan suhu 40c selama 10 hingga 15 minit atau rendam didalam air suam (bukan air panas mendidih).
====> Jangan panaskan susu dengan air yang mendidih kerana ia boleh menghilangkan nutrisi susu ibu dan merosakkan struktur susu tersebut.

Sekian Tips Cara menyimpan dan mengendalikan stok perahan susu (EBM)
Nak kan tips penyusuan ibu?? Boleh direct PM/ Whatsapp saya di talian : 017-7922520
SELAMAT MAJU JAYA DALAM PENYUSUAN IBU, INSYAALLAH ALLAH BERI REZEKI MENYUSU KAN ANAK KESAYANGAN KITA SEHINGGA 2 TAHUN. :-)